img-header-mada
img-header-cnt
Jumaat, 1 November 2024

img-header img-header img-header
img-header

MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BAHAGIAN  /  MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

LATAR BELAKANG

Bahagian Mekanikal Dan Elektrikal (BME) telah diwujudkan melalui penyusunan semula struktur organisasi MADA pada 16 November 2015. Dahulunya BME dikenali sebagai Cawangan Perkhidmatan Mekanikal MADA atau lebih popular dengan gelaran "Workshop MADA". Terdapat dua fungsi utama BME iaitu:

  1. Pengurusan dan pelaksanaan program pembangunan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal
  2. Pengurusan dan pelaksanaan program penyenggaraan aset mekanikal dan elektrikal MADA

Selain daripada Bahagian Khidmat Pengurusan, BME adalah satu-satunya bahagian yang bekerjasama dengan semua bahagian lain di MADA. Ini adalah salah satu ciri unik BME. Secara purata, BME menerima peruntukan mengurus sebanyak RM2.8 juta dan peruntukan pembangunan sebanyak RM3.4 juta setiap tahun. Berikut adalah 6 cawangan di BME termasuk fungsi masing-masing.


VISI
  • Menjadi badan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal yang disegani dalam bidang pertanian, khasnya industri padi di Malaysia.

MISI
  • Melaksanakan pemindahan teknologi mekanisasi dan automasi kepada golongan sasar.
  • Memberikan perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal yang komprehensif dan sistematik.
  • Melahirkan tenaga kerja yang berketerampilan, kompeten dan berinovasi.

OBJEKTIF
  • Mendokong semua bahagian di MADA dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal.
  • Melaksanakan pembangunan modal insan kepada golongan sasar dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal industri padi.
  • Melaksanakan program kajian dan inovasi kejuruteraan mekanikal dan elektrikal dalam memajukan industri padi MADA.
  • Menyediakan perkhidmatan penyenggaraan kepada semua aset mekanikal dan elektrikal MADA.
  • Melaksanakan program pembangunan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal di MADA.
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi