Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) hari ini telah mengadakan Sesi Libat Urus serta Majlis Perutusan Amanat Tahun Baharu MADA bagi tahun 2024 bertempat di Dewan Tunku Anum, Jitra. Yang Berbahagia Dato Dr. Ismail Salleh merangkap Pengerusi MADA telah hadir menyampaikan Perutusan Amanat Tahun Baharu MADA 2024. Memulakan ucapan perutusan, Yang Berbahagia Dato Pengerusi MADA mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada semua warga anggota kerja MADA seterusnya mengumumkan pencapaian MADA sepanjang tahun 2023, pencapaian Kerajaan MADANI sepanjang tahun 2023, halatuju dan fokus Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta berpesan agar seluruh warga anggota MADA meningkatkan mutu perkhidmatan kepada peladang-peladang dan golongan sasar di Kawasan Muda (MADA). Seusai menyampaikan amanat, Pengerusi MADA turut berbesar hati melancarkan Pelan Transformasi Strategik MADA 2023 - 2030 dan Pelan Strategik Pendigitalan MADA 2023 - 2030 serta menyampaikan Anugerah Projek Terbaik Penanaman Padi Skala Besar (PPSB) Tahun 2023 kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA C-III Tajar.
Turut sama hadir menyampaikan amanat iaitu Yang Berusaha Tuan Haji Kamarudin Dahuli selaku Pengurus Besar MADA serta kehadiran pengurusan tertinggi dan kanan, serta kepimpinan peladang-peladang dari Kawasan Muda (MADA).
BERITA LAIN