PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN MODAL INSAN

A. PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
i. Kedudukan Perjawatan
Jumlah keseluruhan perjawatan yang diluluskan mengikut waran perjawatan Perbendaharaan Malaysia bagi tahun 2016 adalah sebanyak 1,681 jawatan bagi kumpulan Pengurusan Tertinggi, Pengurusan & Profesional dan kumpulan Pelaksana. Sehingga 31 Disember 2016 bilangan anggota MADA keseluruhannya adalah 1,465 orang iaitu 87.1% daripada bilangan jawatan mengikut kumpulan perkhidmatan. Pecahan pengisian jawatan dan perbandingan pengisian jawatan mengikut kumpulan perkhidmatan adalah seperti jadual di bawah :

ii. Pelantikan Dan Persaraan
a. Pelantikan
Sepanjang tahun 2016, MADA telah melantik seramai 41 orang anggota pelbagai gred dan jawatan bagi mengisi kekosongan jawatan yang terdiri daripada 41 orang anggota Kumpulan Pelaksana untuk mengisi kekosongan jawatan di MADA. Butiran pengisian jawatan di dalam perkhidmatan MADA pada tahun 2016 adalah seperti berikut :


b. Persaraan
Pada tahun 2016, seramai 54 orang anggota Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah bersara. Daripada jumlah tersebut, seramai 30 orang anggota bersara wajib, 22 orang anggota bersara pilihan dan 2 orang anggota telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.

iii. Kenaikan Pangkat
Pada tahun 2016, seramai 15 orang pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional telah diperakukan untuk pengesahan kenaikan pangkat. Manakala, seramai 10 orang pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional diperakukan pemangkuan kenaikan pangkat berkuatkuasa 17 April 2016. Seramai 25 orang di pelbagai skim perkhidmatan diperakukan kenaikan pangkat secara fleksi di gred 41/44. Bagi Kumpulan Pelaksana pula seramai 2 orang disahkan kenaikan pangkat dan 4 orang diperakukan kenaikan pangkat.

iv. Program Pembangunan Kerjaya
Sehingga tahun 2016, seramai 17 orang pegawai MADA telah berjaya ditauliahkan sebagai Rakan Pembimbing Agensi setelah mengikuti kursus kaunseling anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan jayanya. Program ini diadakan dengan tujuan supaya Rakan Pembimbing Agensi yang terlatih dapat menjadi pegawai bertauliah yang boleh dirujuk oleh para anggota bagi mendapat khidmat nasihat dan bimbingan sekiranya timbul permasalahan peribadi yang menjejaskan emosi dan prestasi kerja.

v. Keharmonian Persekitaran Kerja
Untuk meningkatkan keharmonian di tempat kerja, Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah diadakan sebanyak tiga kali pada tahun 2016 yang mana ahlinya terdiri daripada wakil pihak majikan dan wakil pihak pekerja. Mesyuarat MBJ MADA telah diadakan pada tarikh-tarikh seperti berikut :


vi. Pengiktirafan Kecemerlangan
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Lembaga Kemanjuan Pertanian Muda (MADA) telah diadakan 27 Mac 2016 di Hotel Grand Alora, Alor Setar Kedah.

Y.B. Dato‟ Wira Othman bin Abd Aziz, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah menyampaikan anugerah kepada penerima. Seramai 118 orang pegawai dan anggota MADA telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang dinilai melalui Laporan Nilaian PrestasiTahunan (LNPT) Tahun 2015.

Selain Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, pihak MADA turut mengadakan Malam Setulus Budi 2016 yang telah diadakan pada 26 Disember 2016 bagi meraikan pesara-pesara MADA. Seramai 54 orang anggota MADA yang bersara turut diraikan iaitu 30 orang anggota persaraan wajib, 22 orang anggota persaraan pilihan dan 2 orang anggota persaraan terbitan.

Seramai 12 orang anggota telah dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Setia MADA, yang mana mereka ini dipilih daripada kalangan anggota yang berprestasi cemerlang dalam tugas serta memperolehi markah LNPT 85% ke atas selama 3 tahun berturut-turut dan telah berkhidmat selama 35 tahun.

Terdapat 2 kumpulan dari pertandingan Inovatif & Kreatif turut diberi pengiktirafan pada majlis tersebut iaitu dari kategori Pengurusan (Kumpulan Thrive) dan Kategori Teknikal (Kumpulan Revolusi).

Pages: 1 2