Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 20 Julai 2024

KHIDMAT PENGURUSAN

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BAHAGIAN  /  KHIDMAT PENGURUSAN

LATAR BELAKANG

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) merupakan 1 daripada 10 bahagian yang terdapat di dalam Organisasi MADA. Ianya merupakan entiti penting di dalam menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran, kewangan dan akaun serta pengurusan sumber manusia. Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan yang bertanggungjawab terus kepada Pengurus Besar MADA. Bahagian ini meliputi lima(5) cawangan iaitu:-

  1. Cawangan Pengurusan Sumber Manusia.
  2. Cawangan Kewangan Dan Akaun.
  3. Cawangan Komunikasi Dan Korporat.
  4. Cawangan Pentadbiran.
  5. Cawangan Audit Dalam.

VISI
  • Menjadi Bahagian yang cemerlang melalui sistem pengurusan yang berkualiti.

MISI
  • Mengurus dan memberikan perkhidmatan sokongan yang terbaik kepada seluruh warga MADA.

OBJEKTIF
  • Memastikan pengurusan dan perkhidmatan sokongan dilaksanakan / diberikan secara optimum kepada pelanggan dan “stakeholders” berteraskan kepada sistem pengurusan yang cekap dan berkesan mengikut garis panduan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan.