LATAR BELAKANG

Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan 1 daripada 10 bahagian yang terdapat di dalam Organisasi MADA. Ia merupakan entiti penting di dalam menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran, kewangan dan akaun serta pengurusan sumber manusia. Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan yang bertanggungjawab terus kepada Pengurus Besar MADA. Bahagian ini meliputi lima cawangan iaitu:-

1. Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
2. Cawangan Kewangan Dan Akaun
3. Cawangan Komunikasi Dan Korporat
4. Cawangan Pentadbiran
5. Cawangan Audit Dalam

VISI
Menjadi Bahagian yang cemerlang melalui sistem pengurusan yang berkualiti.

MISI
Mengurus dan memberikan perkhidmatan sokongan yang terbaik kepada seluruh warga MADA.

OBJEKTIF
Memastikan pengurusan dan perkhidmatan sokongan dilaksanakan / diberikan secara optimum kepada pelanggan dan “stakeholders” berteraskan kepada sistem pengurusan yang cekap dan berkesan mengikut garis panduan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan.

FUNGSI-FUNGSI UTAMA BAHAGIAN
1. Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
–  
Mengurus pengisian dan perkhidmatan perjawatan serta mengemaskini rekod perkhidmatan anggota.
–   Melaksana dan menilai program kompetensi anggota.
–   Membina modal insan yang berkualiti dan berintegriti.

2. Cawangan Kewangan dan Akaun
–  
Mengurus sumber-sumber kewangan secara berhemah selaras dengan arahan/prosedur/pekeliling.
–   Mengurus bayaran dan terimaan Lembaga.
–   Mengurus aset Lembaga secara berkesan.

3. Cawangan Pentadbiran
–  
Mengurus perkhidmatan dan operasi pentadbiran Lembaga.
–   Menyedia dan memastikan persekitaran pejabat yang kondusif.
–   Mengurus dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan Ibu Pejabat dan Kuaters.

4. Cawangan Komunikasi Korporat
–  
Menyelaras dan mengkoordinasi program khas melibatkan MADA secara khusus atau pun amnya.
–   Menyediakan bahan penerbitan berkala dan mengikut keperluan semasa MADA.
–   Menyediakan kemudahan siaraya dan pengambaran secara lengkap dan sempurna bagi melancarkan program MADA.

5. Cawangan Audit Dalaman
–  
Membantu Lembaga mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.
–   Menjalankan audit pengurusan kewangan merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dokumen dan rekod kewangan untuk menentukan samada perbelanjaan, hasil, asset dan stor diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan.
–   Menjalankan audit prestasi yang merangkumi penilaian terhadap aktiviti Lembaga untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.

PIAGAM PELANGGAN
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Memberi Perkhidmatan berkaitan Sumber Manusia dalam tempoh masa seperti berikut :-
–   Pengisian Jawatan – 2 bulan daripada tarikh iklan
–   Permohonan kemudahan perkhidmatan – 14 hari bekerja
–   Memproses pemangkuan dan kenaikan pangkat – 30 hari bekerja.
–   Kertas pengesahan dalam jawatan dan kemasukan jawatan berpencen – 2 bulan
–   Melengkapkan dokumentasi pencen anggota dan menghantar ke JPA – 3 bulan sebelum tarikh pencen.
–   Peperiksaan perkhidmatan – 2 kali setahun
–   Penilaian Tahap Kecekapan – 3 kali setahun
–   Kehadiran kursus setiap anggota – 7 hari setahun
–   Mengemaskini buku rekod perkhidmatan – 14 hari bekerja

Cawangan Kewangan dan Akaun
–   Memproses bayaran dalam tempoh 14 hari
–   Membuat bayaran gaji anggota mengikut jadual yang telah ditetapkan
–   Memproses pinjaman kenderaan, perumahan dan komputer dalam masa 5 hari

Pages: 1 2