LATAR BELAKANG
Bahagian Pengurusan Wilayah (BPW) diwujudkan selepas penyusunan semula struktur organisasi MADA yang berkuatkuasa pada 16 Mac 2007. BPW bertanggungjawab menyelaras perancangan dan pelaksanaan pentadbiran bagi empat (4) Wilayah MADA yang terletak di Kangar (Wilayah I), Jitra (Wilayah II), Pendang (Wilayah III) dan Kota Sarang Semut (Wilayah IV) serta 27 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

VISI
Menjadi agen pelaksana pembangunan industri padi serta menjadi penggerak utama pembangunan sosio-ekonomi masyarakat peladang di peringkat Wilayah.

MISI

  • Melaksanakan program transformasi industri padi ketahap yang moden, cekap, mapan dan kompetitif di peringkat Wilayah.
  • Mengendalikan sistem pengurusan air yang efisien dan proaktif kepada peladang.
  • Berusaha memaksimakan pendapatan peladang dan usahawan melalui penggunaan teknologi yang bersesuaian, amalan pertanian tepat dan melalui pelbagai sumber yang lain.
  • Membangunkan institusi peladang sebagai entiti yang berdaya maju.

OBJEKTIF

  • Melaksanakan pengurusan tanaman padi berskala besar bagi menjamin peningkatan pendapatan peladang melalui penambahan keluasan kawasan usaha.
  • Meningkatkan peratus pematuhan jadual tanaman padi pada setiap musim penanaman padi.
  • Menguruskan aktiviti pengairan dan saliran secara lebih bersepadu dengan pembentukan Kumpulan Pengguna Air (KPA) di setiap blok pengairan secara berperingkat.
  • Meningkatkan pendapatan keluarga tani melalui khidmat nasihat, bimbingan dan penglibatan dalam pelbagai aktiviti industri makanan dan keusahawanan.
  • Memperkasakan Pertubuhan Peladang Kawasan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi peladang.

FUNGSI UTAMA BAHAGIAN

  • Menyelaras dan melaksanakan program pengembangan pertanian dan pengairan bagi memastikan transformasi teknologi ke arah peningkatan pendapatan golongan sasar.
  • Mengendalikan sistem pengairan dan saliran air bagi menjayakan penanaman padi dua kali setahun.
  • Melaksanakan semua aktiviti operasi dan penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran air.
  • Melaksanakan program memodenkan sistem perladangan dan peningkatan hasil padi.
  • Melaksanakan projek pelbagai aktiviti ekonomi bagi menambah pendapatan peladang dan pembangunan usahawan.

Bahagian ini berperanan menyelaras :-

  1. Pembangunan Industri Padi
  2. Operasi Pengairan Dan Saliran Air Untuk Aktiviti Penanaman Padi
  3. Penyelenggaraan Infrastruktur MADA
  4. Pembangunan Industri Makanan Dan Keusahawanan
  5. Pembangunan Institusi Peladang

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENGURUSAN WILAYAH

PEJABAT-PEJABAT WILAYAH DAN PPK MADA

*SILA KLIK DISINI

PERKHIDMATAN DI PERINGKAT WILAYAH

 2.PROGRAM PENGEMBANGAN PADI
a.
Program Kembara Padi
Selaras dengan perubahan masa dan demografi peladang dan pegawai MADA, Program Kembara Padi menjadi salah satu kaedah yang dijalankan di setiap wilayah dalam menyalurkan maklumat kepada peladang. Di samping itu, tahap komunikasi dan interaksi yang lebih berkesan dapat ditingkatkan antara kedua-dua pihak iaitu pegawai dan peladang MADA.

b.Program Mentor Mentee
Program ini diwujudkan sebagai inisiatif dalam melahirkan satu kumpulan pegawai MADA yang berketrampilan dan boleh membimbing rakan sekerja serta peladang di bawah seliaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

c.Program Bicara Ilmu
Penglibatan pegawai dan peladang dalam program bicara ilmu bertujuan untuk meningkatkan motivasi diri dalam menjalankan kerja serta memupuk keperibadian diri yang lebih baik.

d.Taklimat dan ‘Hands On’
Pendekatan ‘hands-on’ yang dipraktikkan dalam kebanyakan program pengembangan ini bertujuan untuk memenuhi kehendak industri di samping memberi peluang kepada pegawai dan peladang mempelajari kemahiran yang diperlukan dengan lebih dekat.

e.Mekanisasi Dan Automasi
Penggunaan teknologi seperti drone dan mini jentuai yang diperkenalkan di kawasan Muda dilihat dapat membantu peladang dalam melaksanakan aktiviti persawahan dengan lebih efisien.

f.Plot Demonstrasi Input Pertanian
MADA sentiasa membuka ruang kepada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta dalam kolaborasi penyelidikan ke arah peningkatan kualiti hasil padi di kawasan Muda.

g.Aplikasi MADA GIS
Sejak tahun 1970 sehingga sekarang, pelbagai data telah diterima dan direkodkan oleh MADA sebagai agensi peneraju dalam tanaman padi negara. Lambakan data dalam pelbagai bentuk dan sumber ini telah mendorong pihak MADA untuk memperkenalkan MADA GIS yang mengumpulkan semua maklumat bagi memudahkan analisis dan membantu pihak pengurusan membuat keputusan. Pegawai – pegawai di lapangan didedahkan dengan aplikasi ArcGIS di mana serangan perosak dan penyakit direkodkan dengan kaedah pemetaan.

2.PENGURUSAN AIR DAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR
a.
Operasi Pengairan Dan Saliran Air Di Peringkat Wilayah
Sistem pengairan untuk penanaman padi di kawasan Muda adalah berdasarkan kepada Sistem Retikulasi MADA. Air dari empangan dilepaskan mengikut keperluan dan disalurkan melalui Sungai Padang Terap hingga ke Alator Pelubang dan diagihkan ke Terusan Utara dan Terusan Tengah. Air dari Terusan Utara diagihkan ke Wilayah I melalui Terusan Arau manakala agihan ke Wilayah II melalui Terusan Alor Changileh dan Terusan Lana Bulu. Air dari Terusan Tengah pula disalurkan ke Wilayah III dan Wilayah IV yang juga melibatkan Terusan Selatan .
Bekalan air pengairan ini akan melalui Terusan Sekunder dan seterusnya akan memasuki blok – blok pengairan di dalam lokaliti MADA. Air yang dibekalkan untuk kegunaan aktiviti penanaman padi akan diurus dan disalirkan ke petak-petak sawah mengikut keperluan pokok padi oleh pegawai di kawasan.

Sistem Retikulasi MADA

b.Penyelenggaraan Infrastruktur
i.Jalan Ladang
Sistem rangkaian jalan ladang di Kawasan Muda merangkumi jalan ladang primer/ sekunder serta jalan ladang tersier.

ii.Struktur Pengairan Dan Saliran

iii.Saluran Air
Saluran air adalah merangkumi Terusan Utama, Terusan Primer, Taliair Sekunder dan Taliair Tersier. Panjang saluran air mengikut jenis taliair yang terdapat di peringkat Wilayah adalah seperti berikut :-

iv.Sistem Saliran
Air lebihan dari turunan hujan dan juga aliran tidak terkawal dari kawasan tadahan sungai-sungai disalirkan keluar bagi mengelakkan kejadian banjir dan padi tenggelam. Operasi saliran dijalankan secara terkawal bagi mengelakkan pembaziran air. Sungai-sungai utama untuk operasi saliran air yang terlibat adalah seperti berikut :-

v.Kumpulan Pengguna Air (KPA)
Kumpulan Pengguna Air (KPA) di Kawasan Muda mula ditubuhkan pada tahun 2015 di empat (4) buah PPK melibatkan blok ALBD 7 (PPK E-I Simpang Empat), LBLBD 7 (PPK B-II Sanglang), SCRBD 1-3 (PPK F-III Pendang)  dan SCRBD 7b (PPK F-IV Sungai Limau). KPA dengan kerjasama PPK berusaha melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan seperti pembersihan saluran air dan pembaikan kecil struktur pengairan di dalam blok pengairan masing-masing melalui Pengurusan Pengairan Secara Bersama [Participatory Irrigation Management (PIM)].

Peladang akan dikelompokkan mengikut satu unit kawasan pengairan yang boleh berfungsi sendiri, mempunyai kepentingan yang sama daripada segi punca air, jadual pengairan, jadual tanaman dan input pengairan serta sempadan blok pengairan yang jelas. KPA ditubuhkan bertujuan untuk :-

a)melaksanakan penyeragaman akitiviti penanaman padi.
b)mengurangkan masalah pengagihan air dalam blok pengairan.
c)memaksimumkan penggunaan sumber air dan manusia dengan lebih mapan.

3.Industri Makanan Dan Keusahawanan
a.Pembangunan Usahawan
Seiring dengan misi MADA untuk memaksimumkan pendapatan peladang melalui pelbagai sumber, beberapa jenis program bantuan selain daripada industri padi telah disalurkan kepada golongan sasar mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Antara program tersebut termasuklah :

i.Geran ‘High Impact Project’ (HIP)
ii.Geran ‘Change Update Product’ (CUP)
iii.Geran Agropreneur Muda (GAM)
iv.Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1)
v.Agrobazaar Rakyat

b.Agrotourism

c.Rezeki Tani
Program ini bermula pada tahun 2019 yang memberi tumpuan kepada kumpulan sasar terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) yang berstatus miskin tegar, miskin atau berstatus terkeluar dengan pendapatan  tidak melebihi RM 2,614.00 sebulan dan berdaftar dengan sistem e Kasih.

4.Pembangunan Peladang
a.
Kumpulan Peladang Nita (KPN) / Kumpulan Peladang Muda (KPM)
Kumpulan Peladang Nita (KPN) dan Kumpulan Peladang Muda (KPM) merupakan satu kumpulan yang ditubuhkan daripada kalangan ahli PPK. Penubuhan kumpulan ini adalah selaras dengan arahan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Peladang sebagai satu inisiatif dalam menggalakkan pertambahan keahlian dari kalangan peladang yang belum mendaftar sebagai ahli PPK. Melalui kumpulan ini juga, para ahli diberi peluang untuk menjalankan kegiatan- kegiatan sosial, kebajikan dan sukan di samping kegiatan berasaskan pertanian.

b.Pengukuhan Organisasi Peladang