LATAR BELAKANG
Sejak pelaksanaan Projek Rancangan Muda dan penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada tahun 1970, Bahagian Kejuruteraan telah diwujudkan untuk memberi segala perkhidmatan kejuruteraan kepada MADA bagi melaksanakan pembangunan sosio ekonomi dalam Kawasan muda.
Bahagian Perkhidmatan Pengairan dan Saliran merupakan salah satu daripada sepuluh bahagian dalam MADA. Bahagian ini ditubuhkan pada 16 Mac 2007 sejajar dengan Penyusunan Semula Carta Organisasi MADA. Asal usul Bahagian ini adalah Cawangan Pengurusan Air di bawah Bahagian Kejuruteraan MADA sebelum penstrukturan semula organisasi.

MISI

  • Mengekalkan kesinambungan penanaman padi dua kali setahun di Kawasan Muda.
  • Mengurus sumber air dengan cepat, tepat dan berkesan.
  • Merancang dan melaksanakan pembangunan infrastruktur bagi membangunkan sumber-sumber air yang baru di Kawasan Muda.
  • Menjalankan kajian bagi mengenalpasti akan sumber-sumber air baru yang boleh digantikan di Kawasan Muda.
  • Mengendalikan dan menyenggara sistem pengairan dan saliran utama MADA ke tahap kesempurnaan fungsi.

VISI
Menjadi peneraju dalam pembangunan dan pengendali sistem pengurusan air bagi penanaman padi.

FUNGSI UTAMA

  • Memberi segala perkhidmatan pengairan dan saliran air kepada MADA untuk melaksanakan penanaman padu dua (2) kali setahun dalam Kawasan Muda.
  • Merancang/mengkaji cadangan pembangunan sumber air untuk menambahkan bekalan air bagi memenuhi keperluan yang sentiasa meningkat di dalam kawasan Muda.
  • Mengagihkan air yang berlebihan (flood routing) di utara Negeri Kedah dan selatan Negeri Perlis.
  • Menyediakan khidmat nasihat pengairan dan saliran kepada Wilayah MADA, Agensi/ Jabatan Kerajaan dan Swasta.

OBJEKTIF

  • Mengguna empat (4) sumber air (hujan, aliran sungai, air saliran gunasemula, air empangan) mengikut keutamaan.
  • Memastikan takungan empangan melebihi 500,000 ekar kaki bagi memulakan musim pertama setiap tahun.
  • Membolehkan kepadatan tanaman padi tahunan Kawasan muda melebihi 198%.
  • Menjammin bekalan air mentah yang berterusan untuk kegunaan domestik dan industri di utara Negeri Kedah (termasuk Pulau Langkawi) dan Negeri Perlis.

Bahagian ini meliputi tiga (3) cawangan iaitu :-

  1. Cawangan Pengairan dan Saliran
  2. Cawangan Hidrologi
  3. Cawangan Khidmat Sokongan


A. CAWANGAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
Cawangan Pengairan dan Saliran diwujudkan bertujuan untuk pembekalan air pengairan bagi penanaman padi dua (2) kali setahun. Antara fungsi-fungsi cawangan ini adalah merancang dan menetapkan Jadual Penanaman Padi MADA serta mengurus dan mengagihkan sumber air secara cepat, tepat dan berkesan. Cawangan ini turut berfungsi sebagai pengendali bagi program perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 di Ibu Pejabat MADA, Wilayah dan 27 Lokaliti. Selain dari itu, cawangan ini mengurus dan menyalurkan air berlebihan dari kawasan tadahan sungai serta memantau dan menyampaikan maklumat banjir. Cawangan ini secara langsung memberi khidmat nasihat teknikal dan kejuruteraan kepada perkhidmatan wilayah dan member ulasan teknikal bagi permohonan tanah kerajaan dan pembahagian lot tanah.
Cawangan ini telah memberi perkhidmatan pengairan dan saliran kepada wilayah MADA sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Pelbagai program telah dilaksanakan setiap tahun dan pencapaiannya seperti berikut :-

               

  1. Penetapan Jadual Penanaman Padi

Setelah mengambilkira kedudukan takungan empangan, ramalan keadaan punca air tahunan serta aspek-aspek penting yang lain, Mesyuarat Jawatankuasa Bekalan Air dan Penanaman Padi Peringkat MADA (MJBAPP) telah memutuskan bahawa Jadual Penanaman Padi masing-masing bagi Musim 1 dan Musim 2 akan dijalankan seperti diputuskan oleh Ahli Mesyuarat. Secara keseluruhannya, aktiviti penanaman padi bagi Musim 1 dan Musim 2 adalah mengikut jadual Penanaman Padi MADA yang telah ditetapkan.

           

  1. Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015

Dalam memastikan pengurusan air ke kawasan-kawasan pengairan dapat diuruskan dengan sempurna, pihak MADA telah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015. Sejak tahun 2000, sistem ini telah membantu pihak MADA dalam mengurus bekalan air pengairan dengan lebih sempurna.
Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Pengurusan Air MADA telah menjalankan sebanyak 2 (dua) kali Audit iaitu Audit Dalaman dan Audit Luaran.Tarikh sah laku Sijil Pendaftaran Sistem Kualiti adalah dari 25 Januari 2019 sehingga 19 Februari 2022. 

 

B. CAWANGAN HIDROLOGI
Cawangan Hidrologi diwujudkan adalah bertujuan untuk pusat perolehan data hidrologi melalui rangkaian telemetri dan manual dengan memperolehi, mengumpul dan menggunakan data hidrologi untuk pengurusan air. Cawangan ini juga berfungsi untuk membangunkan sistem dan stesen perolehan data hidrologi. Berfungsi juga sebagai menyenggara sistem dan stesen perolehan data. Selain dari itu, cawangan ini merupakan berfungsi untuk membuat pemantauan kualiti air pengairan dengan merangkumi tugas pengambilan sampel-sampel air dan seterusnya membuat analisa ke atas kualiti

Laman Web Telemetri MADA

Pusat Sistem Telemetri

Sistem Telemetri merupakan salah satu kaedah untuk memperolehi data hidrologi secara jarak jauh tanpa kehadiran anggota di tapak untuk mencerap bacaan di stesen hidrologi. Sehingga kini, MADA telah mempunyai 148 buah Stesen Telemetri. Penggunaan sistem ini membolehkan data hujan, paras air dan pembukaan pintu dikemaskini dan direkodkan secara automatik.
Perolehan data hidrologi yang terkini/’real time’ melalui Stesen Telemetri telah membantu mempertingkatkan kecekapan pengurusan air dan penyaliran air banjir (flood routing) di Kawasan Muda. Maklumat data hidrologi yang diperolehi melalui sistem telemetri boleh dilayari melalui web MADA.

 

Berikut adalah perkongsian data dan maklumat oleh Jabatan-Jabatan yang terlibat dengan MADA.

BILJABATANLINK
1.JABATAN PENGAIRAN & SALIRAN (JPS) KEDAHhttp://telemetry.didkedah.gov.my/index.php
2.JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA (JMM)http://www.met.gov.my/

STESEN TELEMETRI MADA

            

Pada tahun 2016 bahagian Hidrologi MADA telah membeli satu set alat ‘Automated Laboratory Calibration Of Tipping Bucket Rain Gauges (TBRGS) model TB340A’.
Fungsi alat tersebut adalah untuk tentu ukur alat cerapan air hujan (Tipping Bucket) yang berada di dalam kawasan MADA sebanyak 120 buah. Pihak MADA membeli alatan tersebut kerana kebanyakan tipping bucket yang ralat sebelum ini perlu dihantar di JPS Ampang, Selangor untuk penyenggaraan. Kesan pembelian tersebut, pihak MADA membuat sendiri penyenggaraan dan tentu ukur tersebut bermula pada tahun 2017 sebanyak 25 buah dan tahun 2018 sebanyak 13 buah. Dengan pembelian tersebut pihak JPS Ampang juga merancang untuk menggunakan perkhidmatan ini kerana peralatan tersebut mudah digunakan, menjimatkan masa dan yang pertama di gunakan di Malaysia. Ianya juga memberi Perkhidmatan Kalibrasi kepada Agensi Luar di Kawasan Utara.

C. CAWANGAN KHIDMAT SOKONGAN

Cawangan Khidmat Sokongan lebih bertindak sebgai pelaksana khidmat pentadbiran bagi Bahagian. Di mana cawangan ini berfungsi menguruskan pentadbiran am, pengurusan perjawatan bahagian. Cawangan ini juga menguruskan perihal kewangan Bahagian secara keseluruhan.

Pelubang (Pandangan Atas)

Alator-Alator Pelubang

Tandop Pasang Surut Ampang Jajar