Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Erat Raya MADA Wilayah I, Perlis.

Turut menyambut keberangkatan tiba Baginda ialah Pengurus Besar MADA, Dato’ Fouzi Bin Ali, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Peladang-Peladang MADA. Baginda turut dipersembahkan demonstrasi memasak Laksa Telur Goreng Bersarang oleh Pengurus Besar Wilayah I, Encik Zairizal Bin Zainon dan Baginda turut dihadiahkan gambar MADA yang diperbuat dari Jerami Padi.