Ladang Nipah Kipli | |
Ladang Nipah Kipli yang terletak di Kampong Tanah Timbul, Kuala Sanglang, Perlis telah diusahakan dengan lebih 2,000 pokok nipah yang mengeluarkan air nira nipah yang manis dan terkenal dengan khasiatnya. | |
Ladang ini juga tersedia pondok-pondok rehat dan buaian-buaian di celah-celah deretan pokok nipah untuk anda bersantai di samping menenangkan fikiran ataupun untuk bermuhasabah diri. |
Cubalah rasai Laksa Kuala Perlis yang terkenal dan juga ketam sawah yang boleh direbus segar untuk hidangan tengahari, minum petang maupun untuk sarapan pagi.
|
|
Anda juga boleh menikmati air kelapa muda yang manis bersama hirisan isi kelapa muda yang lembut dan segar. Ladang ini juga menyediakan kemudahan tapak perkhemahan untuk aktiviti berkumpulan.
|
|
Kunjungan ke Ladang Nipah Kipli akan membantu membebaskan anda dari permasalahan diri anda di samping merubah anda menjadi seorang insan yang tenang serta berfikiran luas dan terbuka.
|
Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi Kipli +6012-565-7969