Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan PPK H-II, Kepala Batas telah disempurnakan oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan, Yang Berhormat Hajjah Halimaton Shaadiah Binti Saad bertempat di Pertubuhan Peladang Kawasan H-II, Kepala Batas. Dalam pada itu, turut diadakan Program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat PPK H-II.

Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan MADA bersama peladang-peladang di Kawasan Muda, di samping orang ramai dapat berurusan dan berdialog secara langsung serta menyelesaikan masalah berhubung dengan perkhidmatan yang disediakan oleh PPK-PPK MADA mahupun Jabatan atau Agensi yang lain. Ianya juga merupakan usaha pihak MADA yang mahu mempermudahkan urusan orang ramai mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.