Buat julung-julung kalinya, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi MADA berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke Empangan Muda bagi mendapatkan taklimat terhadap sistem pengoperasian dan penyelenggaraan empangan yang merupakan salah sebuah daripada 3 empangan yang diuruskan oleh MADA.


Turut hadir bersama semasa sesi lawatan tersebut adalah Yang Berbahagia Dato’ Fouzi Ali, Pengurus Besar MADA dan Yang Berbahagia Dato’ Haji Bukhari Abdullah, Pegawai Daerah Sik.

Sebagai rekod, pengurusan operasi Empangan Muda adalah sebahagian daripada skop Sijil Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 – Operasi, Penyenggaraan dan Pemantauan Keselamatan Empangan Pedu, Muda dan Ahning.