Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi MADA telah mengadakan lawatan kerja ke kawasan Wilayah III, MADA Pendang bagi memfokuskan pembangunan industri padi berskala besar.

Aturcara pertama beliau ialah ke Kampung Banggol Basin, Pendang untuk melawat ke Projek Pembangunan Tertier Blok SCRBD 1-3 serta beramah mesra bersama peladang-peladang di kawasan tersebut. Sesi libat urus bersama usahawan-usahawan padi berskala besar dikediaman usahawan padi, Encik Hassan bin Mohammad Noor, peladang PPK MADA E-III, Kobah yang bertempat di Kampung Kubang Anak Gajah, Pendang. YAB juga turut berkesempatan untuk bertemu dan beramah mesra bersama beberapa orang peladang lain yang mengusahakan padi berskala besar.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MADA Bil 2/2019 telah berlangsung dan dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir bertempat di Pejabat MADA Wilayah III, Pendang seusai lawatan kerja di Kampung Banggol Basin. Dalam mesyuarat tersebut ada membincangkan tentang isu semasa berkaitan perkembangan semasa berkaitan MADA.