LATAR BELAKANG
Bahagian Mekanikal Dan Elektrikal (BME) merupakan salah satu daripada sepuluh (10) bahagian dalam organisasi MADA yang telah diwujudkan melalui penyusunan semula carta organisasi MADA pada 16 November 2015. Fungsi utama Bahagian ini adalah memastikan pengurusan dan perlaksanaan program pembangunan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal serta program pembangunan modal insan mengikut keperluan organisasi. Selain itu, Bahagian ini juga memastikan pengurusan penyenggaraan aset mekanikal dan elektrikal MADA dilaksanakan seperti yang dirancang di dalam memenuhi keperluan organisasi.
Bahagian ini meliputi enam cawangan iaitu:
- Cawangan Hidromekanikal
- Centre Of Excellence M&E
- Cawangan Kejuruteraan Elektrik
- Cawangan Automotif
- Cawangan Pembangunan Teknikal
- Cawangan Mekanisasi Dan Automasi
Cawangan Hidromekanikal berperanan bagi merancang, mengurus dan melaksana program pembangunan dan penyenggaraan kepada aset pengairan dan saliran seperti pam bergerak, stesen pam galak (booster pump), pintu air (alator dan tandop) serta lain-lain pemasangan mekanikal termasuk komponen hidromekanikal di tiga (3) buah empangan.
Centre Of Excellence M&E diwujudkan bertujuan untuk merancang dan melaksanakan kajian terhadap isu dan teknologi dalam bidang mekanisasi dan automasi di MADA serta merancang dan melaksanakan rekacipta dan inovasi kejuruteraan mekanikal dan elektrikal di MADA.
Cawangan Kejuruteraan Elektrik ditugaskan untuk merancang, mengurus dan melaksana program pembangunan kejuruteraan elektrik dan penyenggaraan kepada aset stesen pam elektrik, pintu air, empangan dan lain-lain kelengkapan elektrik MADA.
Cawangan Automotif berperanan untuk merancang, mengurus dan melaksana program penyenggaraan kepada aset Automotif MADA selain menyediakan keperluan dokumentasi (insurans, cukai jalan, permit dan pemeriksaan PUSPAKOM) kenderaan dan jentera MADA serta khidmat logistik Bahagian.
Cawangan Pembangunan Teknikal diwujudkan dengan tujuan untuk merancang, mengurus dan melaksana program penyenggaraan kepada semua aset mekanisasi dan automasi MADA selain membantu dalam melaksanakan program kajian dan inovasi dalam bidang mekanisasi dan automasi MADA.
Cawangan Mekanisasi Dan Automasiberfungsi untuk merancang,mengurus dan melaksana program kompetensi, bimbingan dan khidmat nasihat kepada golongan sasar dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal termasuk aktiviti mekanisasi dan automasi pertanian.
VISI
Menjadi organisasi peneraju pembangunan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal dalam industri padi di Kawasan Muda.
MISI
i. Melaksanakan pemindahan teknologi mekanisasi dan automasi kepada golongan sasar.
ii. Memberikan perkhidmatan mekanikal dan elektrikal yang komprehensif dan sistematik.
iii. Melahirkan tenaga kerja yang berketrampilan, kompeten dan berinovasi.
OBJEKTIF
i. Menyediakan perkhidmatan penyenggaraan kepada semua aset mekanikal dan elektrikal MADA.
ii. Melaksanakan program pembangunan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal dalam kawasan MADA.
iii. Melaksanakan pembangunan modal insan kepada golongan sasar dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal industri padi.
iv. Melaksanakan program kajian dan inovasi kejuruteraan mekanikal dan elektrikal dalam memajukan industri padi MADA.
v. Menyediakan khidmat nasihat kepada lain-lain bahagian MADA dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal.
FUNGSI DAN TUGAS
i. Memastikan pengurusan dan perlaksanaan program pembangunan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal serta program pembangunan modal insan mengikut keperluan organisasi.
ii. Memastikan pengurusan penyenggaraan aset mekanikal dan elektrikal MADA dilaksanakan seperti yang dirancang di dalam memenuhi keperluan organisasi.
iii. Memastikan perkhidmatan sokongan dijalankan dengan cekap, sistematik dan mapan bagi memenuhi keperluan semasa organisasi.
PIAGAM PELANGGAN
Komitmen kami ialah untuk memberi perkhidmatan pakar dan penyenggaraan yang profesional dan berkualiti.
Untuk itu kami akan :-
- Mematuhi jadual penyelenggaraan tahunan yang kami sediakan dengan sepenuhnya.
- Mengambil tindakan ke atas laporan kerosakan dalam tempoh tidak melebihi 2 hari bekerja dari tarikh diterima.
- Merancang dan melaksanakan projek pembangunan dengan peruntukan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Menyediakan dokumen kontrak yang ditandatangani dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tawaran kontrak.
- Menyelesaikan urusan penawaran perolehan secara sebut harga dalam tempoh 90 hari dari tarikh tutup sebut harga.
GAMBAR
Rajah 1:Komponen Mekanikal dan Elektrikal di Tandop A Terusan Alor Changileh
Rajah 2: Komponen Mekanikal dan Elektrikal Stesen Pam MADA
Rajah 3:Kajian Keupayaan Jentuai Baru MCH 1250 di Kawasan Muda
Rajah 4:Projek Public Service Delivery Transformation (PSDT) – Amphibious Excavator
Rajah 5: Kursus Penyelenggaraan dan Pemanduan Traktor Kelas F di Pusat Latihan
Kejenteraan Pertanian MRTC
RUJUKAN
3.0 CAWANGAN-CAWANGAN DI BAWAH BAHAGIAN
- CAWANGAN HIDROMEKANIKAL
- CENTRE OF EXCELLENCE M&E
- CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
- CAWANGAN AUTOMOTIF
- CAWANGAN PEMBANGUNAN TEKNIKAL
- CAWANGAN MEKANISASI DAN AUTOMASI
- KHIDMAT SOKONGAN
3.1 OBJEKTIF CAWANGAN
OBJEKTIF
CAWANGAN HIDROMEKANIKAL
a) Merancang, mengurus dan melaksana program penyenggaraan kepada aset pengairan dan saliran seperti pam bergerak, stesen pam galak (booster pump), pintu air (alator dan tandop) serta lain-lain pemasangan mekanikal termasuk komponen hidromekanikal di tiga (3) buah empangan.
b) Merancang, mengurus dan melaksana program rekabentuk serta naiktaraf sistem hidromekanikal pintu air, stesen pam dan empangan.
c) Merancang, mengurus dan melaksana kerja-kerja pemeriksaan berjadual/tidak berjadual, audit keselamatan, pemasangan pam, komponen hidromekanikal pintu air dan 3 buah empangan.
d) Mengurus Bilik Lukis dan rekod yang berkaitan dengan Cawangan.
e) Membantu Cawangan Pembangunan Teknikal dalam menyediakan tenaga pengajar yang kompeten untuk program latihan.
f) Menentukan kapasiti stesen pam dan memastikan prestasi stesen pam berada pada tahap optimum.
OBJEKTIF
CENTRE OF EXCELLENCE M&E
a) Merancang dan melaksanakan kajian terhadap isu dan teknologi dalam bidang mekanisasi dan automasi di MADA
b) Merancang dan melaksanakan rekacipta dan inovasi kejuruteraan mekanikal dan elektrikal di MADA
c) Melaksanakan program pengembangan terhadap kajian, rekacipta dan inovasi yang telah dijalankan
d) Menjadi tempat rujukan dalam bidang mekanisasi dan automasi industri padi di MADA dari segi bank data dan khidmat nasihat teknikal
e) Membina dan menjalin hubungan dengan rakan strategik yang mampu menyumbang kepada kemajuan bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal industri padi
f) Membantu Cawangan Pembangunan Teknikal dalam menyediakan tenaga pengajar yang kompeten untuk program latihan.
OBJEKTIF
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
a) Merancang, mengurus dan melaksana program penyenggaraan kepada aset stesen pam elektrik, pintu air, empangan dan lain-lain kelengkapan elektrik MADA.
b) Merancang, mengurus dan melaksana program pembangunan kejuruteraan elektrik.
c) Merancang, mengurus dan melaksana perolehan komponen elektrikal.
d) Mengurus Bilik Lukis dan rekod yang berkaitan dengan Cawangan.
e) Membantu Cawangan Pembangunan Teknikal dalam menyediakan tenaga pengajar yang kompeten untuk program latihan.
f) Menentukan kapasiti dan memastikan prestasi stesen pam berada pada tahap optimum
g) Menyediakan khidmat nasihat berhubung dengan kejuruteraan elektrik di MADA.
OBJEKTIF
CAWANGAN AUTOMOTIF
a) Merancang, mengurus dan melaksana program penyenggaraan kepada aset Automotif MADA.
b) Merancang, mengurus dan melaksana operasi logistik untuk memberi khidmat sokongan kepada Bahagian Mekanikal Dan Elektrikal.
c) Merancang, mengurus dan melaksana perolehan kenderaan MADA.
d) Merancang, mengurus dan melaksana keperluan dokumentasi (insurans, cukai jalan, permit dan pemeriksaan PUSPAKOM) kenderaan MADA.
e) Mengemaskini, analisa dan dokumentasi rekod penyenggaraan kenderaan MADA.
f) Membantu Cawangan Pembangunan Teknikal dalam menyediakan tenaga pengajar yang kompeten untuk program latihan.
OBJEKTIF
CAWANGAN MEKANISASI DAN AUTOMASI
a) Merancang, mengurus dan melaksana program penyenggaraan kepada semua aset mekanisasi dan automasi MADA.
b) Merancang, mengurus dan melaksana perolehan aset mekanisasi dan automasi MADA.
c) Mengurus, mengemaskini, analisa dan dokumentasi rekod berkaitan jentera pertanian dan jentera berat.
d) Membantu Cawangan Pembangunan Teknikal dalam menyediakan tenaga pengajar yang kompeten untuk program latihan.
e) Membantu dalam melaksanakan program kajian dan inovasi dalam bidang mekanisasi dan automasi MADA.
OBJEKTIF
CAWANGAN PEMBANGUNAN TEKNIKAL
a) Merancang,mengurus dan melaksana program kompetensi, bimbingan dan khidmat nasihat kepada golongan sasar dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal termasuk aktiviti mekanisasi dan automasi pertanian.
b) Mengurus dan melaksana program latihan kemahiran MADA Rice Training Centre, Cawangan Latihan MADA dan lain-lain agensi.
c) Menguruskan persijilan/perlesenan bagi golongan sasar dalam operasi jentera.
d) Mengurus, mengemaskini, analisa dan dokumentasi rekod pengajaran dan pembelajaran.
e) Mengurus dan mengemaskini rekod aset alih di Bahagian Mekanikal dan Elektrikal mengikut tatacara Pekeliling Perkhidmatan.
f) Memperkasakan pengurusan dan pelupusan aset alih Bahagian Mekanikal dan Elektrikal mengikut tatacara pelupusan aset alih kerajaan.
OBJEKTIF
KHIDMAT SOKONGAN
a) Menguruskan perkhidmatan sokongan mengikut arahan dan peraturan termasuk pekeliling-pekeliling kerajaan dan arahan kewangan MADA.
b) Menjalankan tugas-tugas penyeliaan dan kawalan perbelanjaan mengikut arahan dan peraturan dari semasa ke semasa.
c) Mengurus perkhidmatan setor mengikut arahan dan peraturan Pekeliling Kerajaan termasuk urusan perolehan, penyimpanan, pengeluaran dan pelupusan stok.
d) Mengurus dan melengkapkan keperluan dokumentasi yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan setor.