LATAR BELAKANG
Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Projek telah ditubuhkan pada 16 November 2015 dan merupakan salah satu daripada sepuluh (10) bahagian dalam MADA. Fungsi utama Bahagian ini ialah memberi segala perkhidmatan kejuruteraan kepada MADA untuk melaksanakan pembangunan sosio ekonomi dalam Kawasan Muda.
Bahagian ini meliputi tiga cawangan iaitu:
- Pengurusan Projek Infrastruktur NKEA
- Perancangan Dan Pembangunan
- Pembangunan Rancangan Tempatan, Khidmat Teknikal Dan Pengurusan Tanah
Cawangan Pengurusan Projek Infrastruktur NKEA diwujudkan adalah bertujuan untuk mengurus perlaksanaan Projek Pembangunan Sistem Pengairan Tersier bagi 128 blok pengairan terlibat di bawah Program NKEA (Pertanian) EPP 10. Antara fungsi-fungsi cawangan ini adalah menyemak / mengesahkan cadangan jajaran infrastruktur pengairan dan saliran tersier serta pelan pengambilan tanah masing-masing oleh pihak juru perunding dan juru ukur supaya ianya memenuhi keperluan di tapak. Cawangan ini turut berfungsi untuk mengurus dan memproses bayaran pampasan pengambilan tanah seterusnya membolehkan kerja-kerja pembinaan dapat dilaksanakan.
Cawangan Perancangan Dan Pembangunan diwujudkan adalah bertujuan untuk membangunkan infrastruktur pengairan dan saliran dalam Kawasan Muda supaya ianya setaraf dengan kemudahan infrastruktur yang berada di jelapang-jelapang padi yang lain. Fungsi-fungsi tambahan cawangan ini meliputi perancangan, pelaksanaan reka bentuk, menyelia kerja-kerja pembangunan infrastruktur di Kawasan Muda.
Cawangan Rancangan Tempatan, Khidmat Teknikal Dan Pengurusan Tanah diwujudkan adalah bertujuan untuk memantau pembangunan di Kawasan Muda yang dilaksanakan oleh PBT dan lain-lain agensi serta memberi khidmat nasihat kepada majlis bandaraya/daerah dalam perancangan sistem saliran Bandar. Selain itu, cawangan ini juga memantau status pemilikan tanah kegunaan MADA.
Program dan aktiviti MADA kini telah berubah di mana aktiviti pertanian yang berorientasikan teknologi moden serta mesra-alam telah menjadi keutamaan. Sehubungan dengan itu, struktur Bahagian Pembangunan Dan Pengurusan Projek telah diperluaskan untuk memberi penekanan kepada pembangunan dan pemodenan perkhidmatan kejuruteraan awam.
VISI
Peneraju kepada perkhidmatan pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran dalam industri padi di Kawasan Muda.
MISI
Memodenkan Industri Padi dan Industri Asas Tani di Kawasan Muda melalui pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran serta pemindahan teknologi terkini kepada kumpulan sasar.
OBJEKTIF
- Merancang dan melaksanakan pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran di Kawasan Muda
- Memberi khidmat nasihat teknikal berkenaan projek-projek pembangunan di Kawasan Muda kepada agensi/jabatan kerajaan dan pihak swasta
- Memastikan Perkhidmatan Sokongan Dijalankan Dengan Cekap Dan Sistematik Bagi Memenuhi Keperluan Semasa Organisasi
FUNGSI-FUNGSI UTAMA BAHAGIAN
- Merancang dan melaksanakan projek pembangunan sistem pengairan tersier dalam Kawasan Muda.Merancang, merekabentuk dan melaksana projek pembangunan dan pemulihan infrastruktur pengairan dan saliran MADA.
- Pengurusan kontrak, mengemaskini pengkalan data belanjawan Rancangan Malaysia, penyediaan laporan kewangan dan prestasi bulanan.
- Mengemaskini dan menyediakan dokumen-dokumen dan spesifikasi kontrak untuk kerja pembangunan.
- Memberi khidmat nasihat kejuruteraan berkaitan semua projek pembangunan infrastruktur di dalam Kawasan Muda.
- Memberi khidmat nasihat kepada One Stop Centre (OSC) berkaitan projek pembangunan di Kawasan Muda.
- Melaksanakan khidmat pentadbiran dan pengurusan kewangan Bahagian.
PIAGAM PELANGGAN
Komitmen kami ialah untuk memberi perkhidmatan kejuruteraan yang profesional dan berkualiti. Untuk itu kami akan :-
- Merancang dan melaksanakan projek pembangunan infrastruktur dengan peruntukan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Menyediakan dokumen kontrak yang ditandatangani dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tawaran kontrak.
- Menyediakan baucer pembayaran dalam tempoh 7 hari setelah penerimaan penyata tuntutan bayaran.
- Memberi ulasan teknikal kepada Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi/ Jabatan Kerajaan dan pihak swasta dalam tempoh 14 hari.
KERJA MENAIKTARAF JALAN LADANG KE JALAN PREMIX
Sebelum Pembinaan Selepas Pembinaan
Selepas Pembinaan
PEMBINAAN LINTASAN LADANG
Semasa Pembinaan
Selepas Pembinaan
PEMBINAAN TANDOP
Tandop Sediada Yang Telah Uzur (Sebelum)
Semasa Pembinaan
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN SISTEM PENGAIRAN TERSIER
1. Taliair Tersier (Konkrit)
Sebelum Selepas
2. Parit Tersier (Tanah)
Sebelum Selepas
3. Jalan Ladang
Sebelum Selepas