Program Larian Obor bersempena Program Kecergasan Dan Kecemerlangan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia MOA Games 2019 ke seluruh Malaysia telah disempurnakan oleh Pengurus Besar MADA, Yang Berbahagia Dato’ Fouzi Bin Ali bertempat di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar Alor Setar, yang mewakili Zon Utara.

Peserta Larian Obor seramai 80 orang itu telah memulakan larian sehingga merentasi Muzium Padi, Kedah dengan membawa bendera MOA Games sebagai mempromosikan acara Sukan Dwi Tahunan peringkat MOA Malaysia yang akan diadakan pada 21 hingga 24 Ogos 2019 di UTM, Skudai Johor.