Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, YB. Dato’ Salahuddin Bin Ayub telah sudi melawat ke booth pameran MADA bersempena Persidangan Pesawah Padi Kebangsaan 2019 yang telah diadakan di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Yang Berhormat Menteri Pertanian telah diiringi oleh Pengarah Bahagian Padi, Tuan Haji Kamaruddin Dahuli bersama-sama Encik Jaafar Zakaria (Icon Peladang MADA) ke booth pameran seterusnya diberikan penerangan oleh Puan Nik Fazlina berkenaan dengan “Halatuju Pembangunan Industri Padi Skala Besar di Kawasan Muda”.

Encik Jaafar Zakaria yang berasal dari Kerpan, Kedah telah memulakan aktiviti penanaman dalam Industri Padi semenjak 35 tahun lalu dan kini telah mencapai pendapatan bersih melebihi RM50,000 semusim dan beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Pesawah Cemerlang 2019 bersempena Persidangan Pesawah Padi Kebangsaan 2019.