d
c

Sesi Engagement Pengurus Besar MADA, Yang Berbahagia Dato’ Fouzi Ali bersama warga MADA telah berlangsung di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA. Program ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini serta perkembangan semasa berkaitan MADA. Program ini juga diadakan untuk memberi suntikan semangat kepada Kontinjen MADA sempena kejohanan MOA Games yang bakal berlangsung pada 21 hingga 24 Ogos 2019 di UTM, Skudai Johor.

Bagi menyemarakkan lagi semangat pasukan MADA, Dato’ Fouzi Ali telah menyempurnakan sesi penyerahan jersi kepada pengurus-pengurus pasukan MOA Games dan penyerahan bendera Kontinjen MADA kepada Tuan Syed Zainuddin Syed Zain selaku Pengerusi Kelab MADA yang akan membawa cabaran kibaran bendera MADA di MOA Games 2019.


Dato’ Fouzi Ali juga turut mendoakan agar mereka mempamerkan prestasi yang cemerlang serta memperolehi kejayaan sekali gus mengharumkan nama MADA. Di akhir majlis, beliau turut melancarkan Program Kibar Jalur Gemilang peringkat MADA bersama warga MADA diiringi nyanyian lagu “Jalur Gemilang” bagi menzahirkan semangat patriotik serta cintakan negara.