d
c

Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Perlis telah disambut dengan penuh meriah di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Perlis. Ribuan penduduk negeri ini telah membanjiri stadium untuk menyaksikan majlis yang menampilkan kira-kira 66 buah kontinjen perarakan melibatkan 5000 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Kontinjen MADA juga turut serta di dalam perarakan bersama-sama dengan kontinjen yang lain sebelum rakyat negeri itu melaungkan lafaz merdeka menjelang jam 12.00 malam.


Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah mencemar duli menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2019. Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama, Menteri Besar Perlis, YAB Dato’ Seri Azlan Man dan pegawai tertinggi kerajaan negeri dan persekutuan.