Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman yang ke-62 disambut dengan penuh meriah dan berwarna-warni di Dataran Medan Bandar di sini seawal jam 7 pagi kira-kira 10,000 pengunjung telah hadir dengan menunjukkan semangat patriotik yang tinggi.

Sambutan dimulakan sejurus keberangkatan tiba Sultan Kedah, KDYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Al Marhum Sultan Badlishah dan KDYMM Sultanah Maliha Binti Al Marhum Tunku Ariff.

Turut Berangkat, Raja Muda Kedah, DYTM Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, DYTM Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff serta kerabat diraja lain.

Hadir sama Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir dan isteri, YABhg Datin Seri Utama Norzieta Zakaria serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Turut hadir bersama Dato’ Fouzi Bin Ali, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Sambutan kali ini menampilkan 108 kontinjen yang disertai seramai 5,000 peserta daripada pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pasukan berpakaian seragam, universiti dan sekolah di negeri ini menyertai perarakan itu.

Dalam pada itu, MADA turut bersemangat mengambil bahagian dalam acara perbarisan yang diketuai oleh Encik Ab@Abdul Jelani Bin Bisri

.