d
c

Majlis Perasmian Konvensyen Padi Kebangsaan 2019 telah berlangsung dengan penuh gilang – gemilang dimana ianya telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia bertempat di TH Hotel, Alor Setar Kedah.

Hadir bersama, YB. Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Y.A.B. Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi MADA dan YB. Tuan Azman bin Nasruddin, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Kedah.

Konvensyen Padi Kebangsaan 2019 yang melibatkan 400 orang peserta terdiri daripada 260 orang peladang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Manakala 100 orang pegawai agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan padi seperti MADA, KADA, IADA, DOA, LPP di seluruh negara dan 40 peserta lagi daripada syarikat swasta dan pemain industri dlm rantaian padi dan beras seperti syarikat agrokimia, pengilang padi, pembekal perkhidmatan.

Sebanyak 27 kertas telah dibentangkan oleh wakil – wakil dari negara luar seperti Filipina, Vietnam, Indonesia serta ikon peladang dan pegawai dari agensi pengurusan padi semasa berlangsungnya Konvensyen Padi 2019 akan diteruskan sehingga Khamis ini.

Pengurus Besar MADA, Dato’ Fouzi Ali sempat meraikan wakil – wakil dari International Rice Research Institute (IRRI Philippines) dan Mr. Huyn Van Thon & Mr. Duong Van Chin dari Loc Troo Group, Vietnam. Pertemuan itu telah membincangkan dan berkongsi tentang isu-isu semasa dan terkini dalam industri padi dan beras mewakili negara masing – masing.

Konvensyen Padi Kebangsaan 2019 yang dianjurkan di Kedah ini bertepatan kerana negeri ini merupakan satu – satunya Jelapang Padi Negara yang tertua di Malaysia. Konvensyen selama tiga hari ini telah melabuhkan tirainya dan penutupannya telah disempurnakan oleh YB Tuan Azman Nasruddin, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Kedah.

Dengan adanya konvensyen sebegini, perkongsian dan pandangan serta percambahan idea dapat mempertingkatkan lagi sektor padi di negara ini selari dengan matlamat dan halatuju dasar kerajaan.