d
c

Sempena Minggu Integriti MADA 2019 yang sedang berlangsung bermula 15 sehingga 19 September 2019, MADA turut menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Ketua-Ketua Unit Integriti MOA, Jabatan dan Agensi Bil 3/2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Langkasuka, Ibu Pejabat MADA. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Jamil Dahlan, Ketua Unit Integriti MOA.

Kemudian, Unit Integriti MOA mengadakan lawatan ke Pertubuhan Peladang Kawasan H-II, Kepala Batas bagi melakukan audit pematuhan. Turut diadakan Pertandingan Sudut Integriti sepanjang Minggu Integriti MADA Tahun 2019 yang disertai oleh seluruh Bahagian, Pejabat Wilayah dan PPK di bawah MADA. Tahniah kepada Pejabat MADA Wilayah II, Jitra berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan.


Pemenang diumumkan semasa Majlis Perasmian Minggu Integriti Tahun 2019 yang dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahahir, Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi MADA.

Terima kasih kepada semua Bahagian, Pejabat Wilayah dan PPK yang turut serta bagi memeriahkan lagi Minggu Integriti MADA Tahun 2019.