d
c

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah menerima lawatan kerja daripada Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar Sarawak yang terdiri daripada 5 orang pegawai dan 15 orang peladang.

Para pelawat telah diberikan taklimat ringkas berkenaan Projek Estet Padi dibawah seliaan MADA dan kemudian dibawa ke Kampung Lepai untuk menyaksikan demonstrasi drone semburan racun diikuti lawatan ke Bendang Usahawan Padi MADA di Langgar, PPK B-III Alor Senibong dan akhir sekali di Bendang Padi Wangi di Estet Padi Asam Jawa.