Bulan Sukan Negara yang membuka tirai pada 10 Oktober, telah menyasarkan penyertaan seramai 300 orang peserta yang dihadiri dari kakitangan Ibu Pejabat MADA, serta wakil kakitangan dari 27 Pertubuhan Peladang Kawasan di Kawasan Muda, merangkumi aktiviti senamrobik.

Program Bulan Sukan Negara Peringkat MADA 2019 yang telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar, turut dihadiri bersama oleh Puan Siti Jameelah Binti Md Pilus – Pensyarah Fakulti Sains dan Rekreasi, UiTM Arau Perlis untuk memberi ceramah kesihatan.

Program ini bertujuan untuk memastikan penglibatan pegawai MADA dalam aktiviti sukan, selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara sukan menjelang 2020.