d
c

Pada 24 Oktober 2019 telah berlangsungnya Program “Baking With Masterchef Celebriti, dan Fondant Cake Decoration” bersama Masterchef Dr Ezani Monoto bertempat di Konkos, Ibu Pejabat MADA.

Program ini bertujuan untuk memberi kemahiran dan ilmu kepada 40 orang usahawan bimbingan MADA terlibat dalam bidang penghasilan bakeri dan pastri.


Selain daripada itu, MADA juga cenderung untuk memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa dan melebihkan hasil untuk keperluan negara sejajar dengan hasrat kerajaan ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.