Majlis Perasmian MADA Human Resource Week ini telah disempurnakan oleh Tuan Syed Zainuddin Syed Zain, Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA.

Disamping itu, turut diadakan satu taklimat laporan penilaian prestasi tahunan (LNPT) disampaikan oleh Puan Azlyna Awang, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau kemudian dibawa untuk merasmikan Bilik Rakan Pembimbing (AKRAB) MADA dimana tujuan penubuhannya adalah untuk memastikan seluruh kakitangan MADA sentiasa mendapat tempat untuk mengadu dan meluahkan perasaan berkaitan kerja.