Seramai 50 orang ahli PUSPANITA Kebangsaan telah membuat lawatan kerja ke HUB Industri Kecil Sederhana MADA Jalan Jenun, Pendang bersempena Program Kembara Jalinan Kasih PUSPANITA Kebangsaan ke Negeri Kedah.

Hadir bersama Tuan Haji Syed Khairol Anuar Syed Abidin, Pegawai Daerah Pendang dan Puan Norazawati Binti Ariff, Timb Setiausaha Agung 1 PUSPANITA Kebangsaan Negeri Kedah bersama-sama PUSPANITA Negeri Kedah dan PUSPANITA Daerah Pendang.


Antara aktiviti yang berlangsung adalah sesi demonstrasi masakan makanan tradisi Negeri Kedah oleh usahawan dibawah bimbangan MADA.