Perjumpaan dan perbincangan program pemulihan empangan antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, MADA bersama Ministry of Land, Infrastructure, Transport Jepun telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Tengku Ahmad Rithauddeen Menara LPP, Kuala Lumpur.

Sesi ini telah diketuai oleh YBhg Dato’ Sallehhuddin bin Hassan, Ketua Setiausaha MOA yang turut dihadiri oleh Pegawai Kanan MOA, MADA dan Pegawai Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.

Deligasi Jepun turut berkesempatan melakukan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Seri Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.