Majlis Penyampaian Insentif Projek Estet Padi EPP 10 telah diwakili oleh Encik Muhammad Fikri Bin Ahmad, Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Kewangan bertempat di PPK E-III, Kobah.


Majlis dimulakan dengan sedikit taklimat berkaitan zakat padi dari Lembaga Zakat Negeri Kedah, dan kemudian diteruskan dengan taklimat bekalan air yang disampaikan oleh En. Mohd Fairuz bin Ismail, Timbalan Pengurus Wilayah III (Teknikal) MADA dan diakhiri dengan taklimat kawalan perosak dan penyakit padi oleh MADACorp.