Majlis Persaraan Puan Robiah Binti Lazim, Mantan Timbalan Pengurus Besar Pertanian MADA. Turut hadir Dato’ Fouzi Ali, Pengurus Besar MADA untuk memberi ucapan aluan dalam majlis tersebut.

Puan Robiah Lazim memulakan tugasnya di MADA pada tahun 1984 dan telah berkhidmat selama 36 tahun di Bahagian Perancangan. Selain itu, beliau juga terlibat di dalam banyak perancangan pembangunan MADA terutamanya melibatkan Rancangan Malaysia dan kajian-kajian pembangunan ekonomi peladang di Kawasan Muda.

Kemuncak kerjayanya apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar “Wanita Pertama” di MADA pada tahun 2016. Pihak MADA ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah beliau berikan kepada MADA.