Seusai selesai Majlis Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan MADA, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang (APC) 2020 bagi meraikan 111 kakitangan MADA yang berkhidmat dengan cemerlang pada tahun 2019. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Pengerusi MADA pada sesi pagi dan diteruskan oleh YBhg. Dato’ Fouzi Bin Ali, Pengurus Besar MADA pada sesi petang.

Majlis Anugerah Cemerlang (APC) ini diadakan bagi mengiktiraf sumbangan kakitangan-kakitangan kepada MADA. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Meskipun setiap negeri masih di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (Pemulihan), namun MADA tetap mematuhi SOP yang telah diarahkan oleh pihak kerajaan dan acara tetap dijalankan dalam keadaan meriah.