PUSAT LATIHAN PADI MADA

PENGENALAN
MADA Rice Training Center (MRTC) merupakan salah satu pusat latihan kemahiran pertanian dibawah Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian , Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Program latihan yang ditawarkan adalah pengajian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)  di dalam bidang Penyeliaan Operasi Pengeluaran Padi.
Program pengajian yang mengambil masa satu setengah tahun (1 Tahun 6 Bulan) ini merangkumi pengajian secara teori dan amali dan ditawarkan kepada semua pelajar lelaki lepasan SPM berumur dari 18 tahun sehingga 25 tahun.
Sehingga Disember 2020 ,seramai 368 graduan telah dilahirkan sejak penubuhan MADA Rice Training Center pada Januari 2013 yang lalu.

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN (PLKPK),BAHAGIAN LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN (BLKP)

  1. Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK). PLKPK diwujudkan selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 24 Julai 2002 bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang pertanian. PLKPK dilaksanakan berteraskan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS) dengan peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (National skill Development Act@NASDA).
  2. Di bawah Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK), terdapat 15 Institut Latihan Pertanian dibawah seliaan Bahagian Latihan Pertanian Kebangsaan (BLKP), MAFI yang menawarkan pelbagai bidang latihan kemahiran pertanian untuk belia lepasan SPM berumur diantara 18-25 Tahun. Berikut disertakan pautan link Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) untuk maklumat lanjut.Link : https://www.mafi.gov.my/blkp

    *Klik pada gambar untuk muat turun Maklumat