TAHUN 2015

A) Karnival Kerjaya Belia Dengan Kerjasama JobsMalaysia

Karnival ini telah diadakan pada 8 Ogos 2015 (Sabtu) bertempat di Taman Jubli Emas, Suka Menanti, Alor Setar dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak ahli dan bukan ahli PPK MADA mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka. Taklimat kerjaya daripada JobsMalaysia serta taklimat latihan kemahiran daripada agensi berkaitan juga telah diadakan.

B) Seminar Kecemerlangan Ibu Bapa

Seminar ini telah diadakan pada 15 Ogos 2015 (Sabtu) dan 29 Ogos 2015 (Sabtu), ianya bertujuan untuk memberi motivasi dan galakan kepada ibu bapa agar mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka.

TAHUN 2016

A) Seminar Kerjaya Lepasan SPM

Seminar ini telah diadakan pada 20 Mac 2016 (Ahad) dengan tujuan untuk memberi panduan kepada lepasan-lepasan SPM tentang halatuju mereka selepas mendapat keputusan peperiksaan SPM.

B) Seminar Halatuju Pasca PT3

Seminar ini telah diadakan pada 30 Julai 2016 (Sabtu), ianya bertujuan memberi panduan dan halatuju bagi memilih matapelajaran semasa di Tingkatan 4 untuk persediaan SPM.

C) Seminar  Kecemerlangan SPM

Seminar ini diadakan pada 1 Oktober 2016 (Sabtu), seminar ini diadakan untuk membantu pelajar-pelajar yang berada di Tingkatan 5 dengan memberi motivasi dan panduan serta persediaan bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM.

 D) Program Bersama Dengan SL1M (Skim Latihan 1 Malaysia-EPU)

Program ini telah diadakan dengan kerjasama daripada Pihak SL1M (Skim Latihan 1 Malaysia – EPU) dan MADA semasa HPPNK Negeri Kedah bertempat di Taman Jubli Emas pada 27 dan 28 Mei 2016. Pada hari tersebut, pihak SL1M telah memanggil syarikat-syarikat GLC dan swasta yang memerlukan pekerja serta pusat-pusat pengajian (latihan kemahiran) yang ingin mengambil pelajar. Peluang-peluang pekerjaan dan pengajian ini dibuka kepada golongan pencari kerja di sekitar Alor Setar dan berdekatan.

TAHUN 2017

A) Seminar Kecemerlangan Ibu Bapa Pelajar 2017 (Siri 1)

Seminar ini akan diadakan pada 25 Februari 2017 (Sabtu) di SMK. Jerlun, Ayer Hitam, Kedah bertujuan untuk memberi motivasi dan panduan kepada ibu bapa pelajar yang berada di Tingkatan 3 dan 5 di kawasan kendalian MADA berdekatan yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM untuk kecemerlangan anak-anak mereka.

B) Kursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil Tahap I Tingkatan 3 & 5

Kursus ini telah diadakan pada 20-22 Mac 2017 di Kompleks Latihan MADA, Alor Serdang, Kota Sarang Semut, Kedah.

C) Kursus Motivasi UPSR 2017 telah diadakan seperti berikut :-

D) Program Kerjasama antara YPPPM dan SL1M

Program ini telah diadakan pada 5-6 Mei 2017 bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

E) Kursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil Tahap II Tingkatan 3 & 5

Kursus ini telah diadakan pada 11-13 Mei 2017 di Kompleks Latihan MADA, Alor Serdang, Kota Sarang Semut, Kedah.

F) Seminar Kecemerlangan & Motivasi Ibu Bapa (Siri 2)

Seminar ini telah diadakan pada 15 Julai 2017 (Sabtu) di SMK Ayer Hitam, Ayer Hitam, Kedah.

G) Kursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil Tahap III Tingkatan 3 & 5

Kursus ini telah diadakan pada 27-29 Ogos 2017 di Kompleks Latihan MADA, Alor Serdang, Kota Sarang Semut, Kedah.

H) Program Peningkatan Prestasi SPM

Program Peningkatan Prestasi SPM anjuran bersama YPPPM & Sekolah Tunku Abd Rahman (STAR) Mergong telah berlangsung pada 3-4 Oktober 2017 bertempat di Dewan Syed Nahar, HQ MADA.

I) Mesyuarat Tahunan, Majlis Penyampaian Sijil-sijil Tauliah dan Anugerah Pelajar Cemerlang MADA 2017.

Majlis ini telah diadakan pada 26 November 2017 (Ahad) bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar.

Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA Bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah YPPPM Beserta Pengerusi-Pengerusi Jemaah Pengarah Dan Pengurus-Pengurus Besar PPK Di Mesyuarat Tahunan Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA 26 November 2017

Tahun 2018

A) Kursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil YPPPM Tahap I, Tingkatan 3 & 5 

B) Program Motivasi & Kemahiran Belajar Kepada Waris Dan Pelajar 2018 

6) AKTIVITI PERNIAGAAN YANG DILAKSANAKAN

YPPPM telah menjalankan usahasama dengan Syarikat Silicon Biotech Sdn. Bhd.  bagi mengusahakan projek kuari pasir di Kg. Empa, Mukim Derang, Daerah Pokok Sena. Projek ini mula diusahakan pada bulan Disember 2015 dan telah tamat pada bulan September 2019. Hasil daripada projek ini sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan aktiviti YPPPM.

7) PERANCANGAN MASA HADAPAN UNTUK ANAK-ANAK PELADANG MADA

A. Pembangunan Modal Insan.

Aktiviti melibatkan pembangunan modal insan yang dituju khas kepada golongan sasar iaitu anak-anak ahli PPK MADA dan belia dalam kawasan kendalian MADA yang keciciran pelajaran agar mereka mempunyai kerjaya dan dapat membantu keluarga masing-masing.

i) Pencarian ‘Pilot Drone’.

ii) Karnival Kerjaya Belia

Karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak ahli dan bukan ahli PPK MADA mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka dan taklimat kerjaya daripada agensi yang terlibat serta taklimat latihan daripada agensi berkaitan.

iii) Seminar Kecemerlangan Ibu Bapa

Seminar ini adalah bertujuan untuk memberi motivasi dan galakan kepada ibu bapa agar mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka.

iv)Seminar Kerjaya Selepas SPM

Seminar ini adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada lepasan-lepasan SPM tentang halatuju mereka selepas mendapat keputusan peperiksaan.

v)Seminar Halatuju Pasca PT3

Seminar ini adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada lepasan-lepasan PT3 untuk memilih aliran semasa di Tingkatan 4 seterusnya untuk SPM.

 B. Peningkatan Prestasi Akademik

i) Klinik UPSR

Cadangan untuk mengadakan Klinik UPSR.

ii) Motivasi SPM.

Cadangan mengadakan Motivasi Dan Halatuju selepas Peperiksaan SPM.

iii) Teknik Menjawab Peperiksaan SPM.

Teknik menjawab peperiksaan kepada peserta yang akan menduduki Peperiksaan SPM.

Tenaga pengajar untuk program-progran ini akan dikenalpasti dan diambil dari  kalangan Alumni (bekas-bekas Pemegang Biasiswa Kecil YPPPM)  untuk memberikan sumbangan bakti kepada YPPPM.

8) TAKWIM AKTIVITI YPPPM BAGI TAHUN 2020

9) ALUMNI YPPPM

SUCCESS STORIES :-

Coretan kisah Alumni Pemegang Biasiswa YPPPM yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Semoga menjadi pencetus motivasi dan pembakar semangat kepada anak-anak peladang yang lain.

  1. Puan Siti Hamidah binti Abdul Hamid

Guru Cemerlang – Pejabat Pendidikan Daerah Yan

Klik di sini untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut

  1. Encik Muhammad Naim bin Mohd Aziz

Pegawai Khas Kepada Pengarah / Ketua Unit Inovasi – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Klik di sini untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut

  1. Tuan Haji Mohammad Tuah bin Haji Ibrahim

Usahawan dan Penceramah Bebas

Klik di sini untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut

  1. Dr. Nasrul Hadi bin Ismail

Pegawai Perubatan Kanan – Pusat Perubatan UKM, Cheras

Klik di sini untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut

  1. Encik Sofiyuddin bin Ismail

Pengurus Eksekutif Zakat – Lembaga Zakat Negeri Kedah

Klik di sini untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut

10) GALERI YPPPM

Klik link ini untuk melihat gambar-gambar

11) PENUTUP

YPPPM berharap segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan bantuan dan sumbangan dana tambahan yang diberikan.

YPPPM akan memberikan tumpuan utama iaitu meningkatkan taraf pendidikan anak-anak ahli peladang dalam kawasan MADA selaras dengan tujuan dan objektif penubuhan YPPPM.

Perancangan program ini juga akan dijadikan panduan dan tanda aras untuk setiap aktiviti yang dijalankan.