Dato’ Seri Haji Abdul Hadi B. Awang, Duta Khas Perdana Menteri Malaysia Ke Timur Tengah telah mengadakan Lawatan Kerja & Sesi libat Urus Bersama Peladang-Peladang di Kawasan Muda bertempat di Ibu Pejabat MADA Ampang Jajar. Turut hadir YB. Tuan Haji Awang Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Exco-Exco Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, pegawai-pegawai MADA serta peladang-peladang dari Kawasan Muda.

Dato’ Seri Duta Khas telah menyempurnakan acara menanam pokok “weeping willow” sebagai simbolik lawatan kerja ke MADA. Beliau kemudian di bawa ke MADA Business Development Centre (BDC) untuk diberi taklimat berkaitan perkembangan pertanian MADA selama hampir 50 tahun penubuhan.

 

Program diteruskan dengan Sesi Libat Urus Duta Khas Perdana Menteri Malaysia Ke Timur Tengah Bersama Peladang-Peladang MADA. Di dalam ucapannya beliau mencadangkan supaya MADA terus memperhebatkan lagi potensi pada teknologi dalam pembangunan dan pengurusan industri pertanian seperti mana yang dilakukan di negara eropah serta timur tengah. Kata beliau lagi, mempertingkatkan teknologi pertanian ini akan memberikan manfaat kepada peningkatan hasil pertanian serta menjamin keselamatan makanan negara.


Dato’ Seri sempat menjawab beberapa soalan yang dikemukakan di dalam sesi dialog diantara pemimpin-pemimpin peladang di Kawasan Muda. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan oleh Pengerusi MADA yang mewakili seluruh warga kerja MADA serta peladang-peladang di Kawasan Muda kepada YB. Dato’ Seri Haji Abdul Hadi B. Awang.