d
c

MADA Penyelaras Utama Bantuan Banjir Utara Semenanjung Malaysia


image_galleryLembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah dilantik menjadi penyelaras utama bagi bantuan banjir di utara Semenanjung Malaysia, terutamanya di negeri Kedah dan Perlis.

Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Haji Aziz berkata semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di negeri Kedah dan Perlis akan menyediakan bekalan makanan seperti ikan segar, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, daging, telur dan beras yang secukupnya untuk disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri yang terlibat.
Tambah beliau, selain memberi tumpuan untuk menyalurkan bantuan kepada negeri Kedah dan Perlis, pihak MADA dan juga jabatan dan agensi dibawah Kementerian di negeri Kedah dan Perlis turut menyalurkan bantuan bekalan makanan kepada negeri-negeri pantai timur di mana sebanyak 350kg ayam telahpun disalurkan ke Kelantan, Terengganu dan Pahang pada minggu lepas.

image_gallery (1)Katanya, bekalan makanan yang seterusnya akan disalurkan ketiga-tiga negeri tersebut dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Persediaan Bantuan Banjir Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Negeri Kedah dan Perlis pada 28 Disember 2014 di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA.

Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan status kejadian banjir yang berlaku di negeri Kedah dan Perlis serta persiapan bantuan yang diperlukan untuk menghadapi bencana banjir.

Selain itu, mesyuarat juga mendapatkan laporan terkini mengenai status terkini kejadian banjir melalui pembentangan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah dan Perlis.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Mohd Arif bin Ab Rahman dan wakil-wakil dari setiap jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

.image_gallery (2)