[Back]

Keistimewaan Seri Mahawangsa Boathouse


image_gallery (8)Menyusuri kedamaian Tasik Pedu dengan Seri Mahawangsa Boathouse pasti menjanjikan pengalaman yang sangat bermakna kepada penghuni yang menginap di situ.

Seri Mahawangsa Boathouse merupakan rumah terapung di Tasik Pedu yang boleh menampung kapasiti sehingga 15 orang dalam satu masa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudajan seperti elektrik (generator), bilik tidur, dapur, bilik mandi serta ruang santai.

Pemilik Seri Mahawangsa Boathouse, Encik Amir bin Wahab berkata, tujuan beliau membina rumah bot ini adalah perasaan cinta beliau akan alam sekitar di kawasan tersebut dan ini berkongsi bersama orang ramai.

image_gallery (9) image_gallery (10)

Tambah beliau, para pelancong boleh menginap di rumah bot ini dengan pelbagai pakej yang disediakan dengan harga serendah RM 450 bagi dua hari satu malam. Kebanyakkan pelancong yang menginap di Seri Mahawangsa Boathouse merupakan pelancong dari negara Malaysia, Jepun, Amerika Syarikat dan Korea.

Selain itu, beliau berkata para penghuni di rumah bot ini akan turut menikmati pelbagai aktiviti rekreasi antaranya ialah aktitivi memancing dan juga dapat merasai sendiri dengan merendamkan kaki dalam air Tasik Pedu tersebut sambil rumah bot bergerak.

Di samping itu, konsep Seri Mahawangsa Boathouse yang dibawa olehnya adalah merupakan konsep kekeluargaan dimana ahli keluarga boleh berkumpul bersama-sama dengan menikmati keindahan alam.

image_gallery (11) image_gallery (12)