[Back]

Puspanita MADA sertai Mesyuarat Agung Puspanita MOA


image_gallery (13)Seramai 30 kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang juga ahli Puspanita MADA telah menyertai Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kali Ke 30 yang diadakan pada 6 Februari 2014, bertempat di Dewan Serbaguna, Wisma Tani, Putrajaya.

Mesyuarat yang melibatkan anggota wanita dan suri dari jabatan dan agensi di bawah Kementerian tersebut dirasmikan oleh Timbalan Penaung Puspanita Cawangan MOA, Datin Hajjah Rokhiah binti Abdul Samat.image_gallery (14)

Datin Hajjah Rokhiah juga turut menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada Pengerusi-Pengerusi serta ahli jawatankuasa Puspanita dari setiap jabatan dan agensi, termasuklah kepada Datin Noor Azura bt Md. Salleh, Pengerusi PUSPANITA MADA.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Penasihat Puspanita Cawangan MOA yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Hashim bin Abdullah.

image_gallery (15)