[Back]

Pengurus Besar MADA ziarah keluarga arwah Wan Mohd Azri


image_gallery (20)Tragedi pegawai MADA Wan Mohd Azri bin Wan Mohd Mansor yang meninggal dunia akibat lemas di Terusan Sg Changileh pada 21 Oktober 2013 sememangnya mendapat liputan meluas dari media dan juga menjadi bualan panas kepada kakitangan pengurusan MADA serta penduduk setempat.

Arwah yang berusia 25 tahun ketika itu bekerja sebagai Juruteknik Awam di Wilayah II dikatakan kejadian itu terjadi akibat kereta yang dinaiki oleh beliau terbabas ke dalam sungai apabila sedang melakukan lawatan ke tapak kerja dan kemudiannya lemas dan hanyut di bawa arus sungai yang deras.

image_gallery (21)Misi pencarian beliau dijalankan selama tiga hari dengan bantuan Jabatan Bomba Daerah Kubang Pasu, Jabatan Pertahanan Awam dan juga MADA sendiri dengan menyediakan bot tambahan.

Mayat beliau ditemui di Sg Korok dan seterusnya dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Jitra untuk dibedah siasat serta dibawa pulang ke kampung halamannya untuk solat jenazah serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Bukit Tangga.

Baru-baru ini, Pengurus image_gallery (22)Besar MADA, Dato` Haji Abdul Rahim bin Saleh telah menziarahi keluarga Wan Mohd Azri di Felda Bukit Tangga pada 4 Februari 2014.

Dalam lawatan tersebut, Dato` Haji Abdul Rahim menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga arwah dan juga memberi kata-kata semangat untuk terus tabah dalam menjalani kehidupan seharian.

Turut hadir sama dalam ziarah tersebut adalah Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MADA, Tuan Haji Md Zuki bin Ismail dan Pengurus Wilayah II, Dzulkifli bin Yaakub