[Back]

Hari Sains Sedunia Untuk Keamanan dan Pembangunan


image_gallery (1)

Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan disambut diseluruh dunia setiap tahun pada 10hb November, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang manfaat dari ilmu pengetahuan sains untuk ketenteraman dan kemampanan masyarakat. Hari tersebut juga dikenali sebagai Hari Sains Dunia.

Sejak pengistiharan oleh UNESCO pada tahun 2010, pertama kalinya hari tersebut dirayakan adalah pada tanggal 10hb November 2002

Tujuan Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan adalah untuk memperbaharui komitmen nasional serta antarabangsa terhadap sains bagi keamanan dan pembangunan dan menekankan penggunaan sains yang sesuai untuk kepentingan masyarakat. Hari tersebut juga diraikan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai akan pentingnya ilmu pengetahuan sains serta merapatkan lagi jurang antara sains dan masyarakat.

Tema bagi tahun ini ialah “Kualiti Pendidikan Sains: memastikan masa depan yang lestari untuk semua”.

Untuk maklumat lanjut, layari : http://www.unesco.org