d
c

[Back]

Seramai 1500 pengunjung meriahkan Hari Bendang Peringkat Jerlun 2014


image_gallery (27)Seramai 1500 pengunjung hadir memeriahkan Hari Bendang Peringkat Jerlun 2014 yang diadakan selama tiga hari dua malam bermula pada 16 Januari dan berakhir pada 18 Januari 2014.

Hari Bendang Peringkat Jerlun 2014 yang diadakan di Kampung Pida 3 1/2 ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan memancing, memanjat tiang licin, menangkap itik dan ikan, pemeriksaan kesihatan, forum agama, larian bendang dan kenderaan 4×4 dalam bendang.

image_gallery (28)Pengerusi MADA yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Dato’ Othman bin Haji Aziz berkata program yang dikelolai oleh Kelab Usahawan Tani (KUAT) dengan kerjasama jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini diadakan adalah bertujuan menyemarakkan semangat musim menuai di kalangan masyarakat setempat khususnya petani dalam mengusahakan pertanian sawah.

image_gallery (29)Selain itu, program yang merupakan pertama kali diadakan oleh KUAT adalah memberi motivasi dan galakan dalam membantu golongan tersebut keluar dari garis kemiskinan.

Tambah beliau, pihak MADA juga akan membantu golongan tersebut dari segi khidmat nasihat, kewangan, bantuan keperluan asas seperti oven dan mesin bagi menambah pendapatan sampingan selain pendapatan hasil padi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Bendang Peringkat Jerlun 2014 dan juga menyampaikan hadiah kepada pemenang yang menyertai program tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengurus Besar MADA (Pertanian), Dato’ Haji Roslee bin Baharom dan Timbalan Pengurus Besar MADA ( Teknikal), Ir. Hor Tek Lip serta pegawai -pegawai MADA yang lain.