[Back]

20 ribu Peneroka Rai Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan


image_gallerySeramai 20 ribu peneroka dari seluruh Malaysia meraikan Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan, Pelancaran Pelan Integriti Felda dan Majlis Hari Raya di FELDA Sungai Tiang pada 16 Ogos 2013.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata transfromasi yang berlaku di FELDA membabitkan pelbagai sudut iaitu transformasi individu dan keluarga, fizikal dan minda serta organisasi.

Tambah beliau,transformasi yang berlaku kepada FELDA amat ketara dan ia boleh dilihat hari ini apabila masyarakat Felda dapat mengecapi kehidupan yang jauh lebih baik.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis tersebut serta image_gallery (1)menyampaikan salah satu anugerah kepada
pemenang Anugerah Keceriaan Kampung (AKKF) 2013 yang membawa pulang hadiah utama sebanyak RM 1 juta.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz bin Tun Mahathir dan Pengerusi FELDA, Y.B Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Mohd Isa bin Dato` Haji Abdul Samad.