[Back]

UTC Kedah Terbesar dalam Malaysia


image_galleryUTC Kedah yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 16 Ogos 2013 di Jalan Kolam Air merupakan Pusat Transformasi Bandar terbesar dalam negara.

UTC Kedah adalah perkhidmatan baru diperkenalkan iaitu pusat kemudahan komuniti servis yang membolehkan orang ramai membuat permohonan bagi mendapatkan khidmat agensi UTC untuk diadakan di komuniti mereka disamping menghimpunkan 32 agensi kerajaan Persekutuan, badan berkanun dan swasta serta 11 agensi kerajaan negeri.

image_gallery (1)Turut hadir sama dalam majlis itu adalah Menteri Besar Kedah, Dato` Paduka Mukhriz bin Tun Dr Mahathir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

UTC Kedah beroperasi setiap hari bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 10 malam kecuali cuti umum.