d
c

[Back]

Kibar Jalur Gemilang Fahami Semangat Patriotisme


image_gallery (2)Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak mahu setiap rakyat Malaysia fahami semangat patriotisme dan rasa cintakan negara dalam diri masing-masing dalam bentuk tindakan serta amalan.

Beliau berkata sikap sedemikian yang tebal dalam setiap rakyat Malaysia terbukti berkesan sebagai asas kukuh pembentukan negara termasuklah membantu mempertahakan kedaulatan serta kemerdekaan dikecapi sejak lebih 50 tahun.

Tambah beliau, kerajaan memilih tema Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpah Darahku yang membawa pengertian mendalam terutamanya dalam mengajak rakyat menghargai kesukaran dan pengorbanan golongan perwira mempertahankan kedaulatan negara.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga mahukan rakyat sentiasa mengingati pentingnya kekuatan dan kesanggupan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

image_gallery (3)Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 hadirin sempena Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan di Dataran Zero Kilometer, Jam Besar Sungai Petani pada 16 Ogos 2013.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Menteri Besar Kedah, Dato` Paduka Mukhriz bin Tun Dr Mahathir dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek.