d
c

[Back]

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif MADA 2013


image_galleryLembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengadakan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) MADA 2013 pada 4 dan 5 September 2013 bertempat di Hydro Hotel, Pulau Pinang.

Seramai 100 peserta yang terdiri daripada pegawai MADA telah menyertai konvensyen ini yang dibahagikan kepada sembilan kumpulan dan telah membentangkan 9 tajuk kepada panel juri.

Cawangan Teknologi Maklumat dan Cawangan Perkhidmatan Mekanikal telah memenangi konvensyen ini dan akan mewakili MADA ke Konvenysen Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Tani pada 10 September 2013.

image_gallery (1)Secara dasarnya, Program KIK ini menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisas yang juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan perkhidmatan di jabatan, agensi dan organisasi.

Majlis Penutup Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif MADA 2013 telah disempurnakan oleh Pengurus Besar MADA, Dato` Haji Abdul Rahim bin Saleh.