d
c

[Back]

128 Pegawai MADA Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MOA 2013


 image_gallery (4)

Seramai 128 pegawai dari Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2012 bagi sesi kedua yang diadakan di Dewan D, MAEPS, Serdang pada 19 September 2013.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, tujuan majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada warga kementerian atas sumbangan dan pencapaian cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas rasmi disamping penglibatan aktif di dalam kegiatan sukan, sosial dan kemasyarakatan.

“Pegawai yang layak dipertimbangkan pemberian APC adalah dengan memperolehi markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas dan bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian” kata beliau dalam majlis tersebut.

Pegawai yang menerima anugerah ini akan membawa pulang sijil perkhidmatan cemerlang, Sijil Simpanan Premium bernilai RM1000, peluang mengikuti program latihan bagi meningkatkan tahap kopetensi masing-masing dan peluang dalam pencalonan untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Persekutuan atau Negeri.

Diakhir ucapan beliau dalam majlis tersebut, beliau berharap pihak pengurusan MADA khususnya kakitangan MADA sentiasa turun padang bagi membantu menyelesai masalah golongan sasar dan juga mencapai matlamat kerajaan.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sesi kedua ini menggabungkan empat agensi iaitu MADA, MARDI, TEKUN dan LKIM manakala sesi ketiga akan diadakan pada 3 Oktober 2013.

       image_gallery (5) image_gallery (6) image_gallery (7) image_gallery (8)