d
c

[Back]

Ahli Kelab MADA daki Gunung Jerai untuk sertai Pendakian Gunung Kinabalu


image_gallery (21)Ahli Kelab MADA telah berjaya melakukan ekspedisi mendaki Gunung Jerai yang telah diadakan selama dua hari bermula pada 19 September 2013 sempena Misi Menawan Gunung Kinabalu Siri II.

Pendakian Gunung Jerai ini bertujuan untuk membuat pemilihan peserta yang menyertai program ini bagi mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu yang akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

image_gallery (22)Selain itu, ia juga merupakan salah satu aktiviti rekreasi kepada ahli selain mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Pemilihan peserta yang terpilih bagi mengikuti ekspedisi Program Mendaki Gunung Kinabalu berdasarkan kekuatan fizikal dan mental selain daya ketahanan individu dalam mengharungi cabaran yang sukar serta mempunyai disiplin yang teratur.