[Back]

Peranan Orang Tengah Harus Dihapuskan


image_gallery (3)Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menghapuskan peranan orang tengah yang menindas peladang, penternak dan nelayan secara besar-besaran tidak mengira kaum.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Sri Ismail Sabri bin Yaakob berkata  tindakan memerangi orang tengah bukan hanya memfokuskan kepada mana-mana kaum sebaliknya dikuatkuasakan bagi membantu meningkatkan pendapatan peladang, penternak dan nelayan.

Tambah beliau, peranan orang tengah adakalanya perlu tetapi tidak perlu sehingga menindas golongan peladang, penternak dan nelayan dan memberi keuntungan yang besar kepada mereka sendiri.

Selain itu, beliau juga mahu tonjolkan konsep jualan terus dari ladang kepada pembeli mahupun pengguna yang semestinya meningkatkan pendapatan peladang, penternak dan nelayan sekiranya peranan orang tengah sudah tidak wujud.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Pemimpin Peladang, Penternak dan Nelayan di Dewan D, MAEPS, Serdang pada 5 Oktober 2013.

                                       image_gallery (4) image_gallery (5)