[Back]

Sebanyak RM 19.8 juta diagihkan kepada 11 ribu peserta Projek Eset Padi NKEA EPP 10 Musim 2/2013.


image_gallery (6)Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Haji Mukhriz bin Tun Dr Mahathir berkata insentif ini diberikan kepada para peserta untuk meneruskan usaha dalam penanaman padi di kawasan Muda dan juga persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Tambah beliau, ia adalah satu bukti pendekatan yang telah diguna pakai dari tahun 1970 dimana MADA ditubuhkan semasa pemerintahan Tun Abdul Razak membuahkan hasil bagi pertanian secara keseluruhan khususnya di negeri Kedah secara amnya seluruh negara.

image_gallery (7)Beliau berharap para petani khususnya pesawah bersedia berubah dan sanggup menerima teknologi serta bentuk pengurusan yang komersial dan berdaya saing.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Insentif Projek Estet Padi NKEA EPP 10 Musim 2/2013 pada 4 Ogos 2013 di Perkarangan PPK E-III, MADA, Ko`bah, Pendang, Kedah.

Turut hadir sama dalam majlis ini adalah Speaker DUN Kedah, Datuk Paduka Md. Rozai Shafian, Exco Pertanian Asas Tani, Datuk Suraya Yaacob dan Pengerusi MADA, Dato` Haji Othman bin Aziz.