d
c

[Back]

Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Hargai Perkhidmatan Anggota Keselamatan Kem Empangan


image_gallery (8)Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah memberi sumbangan kepada anggota keselamatan di kesemua kem empangan di negeri Kedah Darul Aman pada 4 Ogos 2013

Pengurus Besar MADA, Dato` Haji Abdul Rahim bin Saleh berkata tujuan sumbangan tersebut diberikan adalah untuk menghargai perkhidmatan dan pengorbanan anggota keselamatan yang menjaga empangan di samping memastikan negara Malaysia tidak diserang atau diancam oleh orang asing yang berniat jahat.

image_gallery (9)Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 47 anggota keselamatan di kelima kem yang merangkumi Kem Empangan Ahning, Kem Empangan Pedu, Kem Inlet, Kem Outlet dan Kem Empangan Muda.

Prebet Mohd Faaez bin Mohd Beserah, 19, dari Kem Empangan Muda yang berasal dari Terengganu, berasa sedikit sedih kerana ini merupakan kali pertama beliau beraya di perantauan dan berjauhan dengan keluarga.

“Walaubagaimanapun, dengan kata-kata semangat dari rakan seperjuangan dan juga sumbangan yang diberikan oleh MADA ini, perasaan sedih ini berkurangan.”