[Back]

962 Penerima Bantuan Sempena Majlis Sumbangan Ramadhan MADA 2013


image_gallery (10)Seramai 962 penerima bantuan Sempena Majlis Sumbangan Ramadhan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi tahun 2013 yang telah diadakan pada 1 Ogos 2013 di di Konkos, Ibu Pejabat MADA.

Penerima-penerima tersebut terdiri daripada pegawai kumpulan sokongan yang terdiri daripada gred 1 sehingga 16, balu, duda, anak yatim dan juga penghargaan kepada kumpulan wartawan. Penyampaian sumbangan ini disampaikan oleh Pengurus Besar MADA, Dato` Haji Abdul Rahim bin Saleh.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk meyampaikan sedikit sumbangan sempena bulan Ramadhan kepada anggota MADA seperti yang pernah dilaksanakan pada tahun lepas selain dijadikan platform untuk merapatkan ukwah dan beramah mesra antara satu sama lain.

image_gallery (11)Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan MADA dalam perkhidmatan dalam menyelesaikan permasalahan apabila berhadapan dengan petani dan masyarakat di samping mengharumkan nama MADA di peringkat tinggi seperti mengekalkan pencapaian tempat kedua keseluruhan dalam Sukan MOA 2013 baru-baru ini.

Di akhir majlis tersebut, Dato` Abdul Rahim juga menyampaikan sumbangan derma yang telah dikumpul oleh kakitangan MADA untuk memberi kepada Puan Masminie binti Latinggi dimana ibu bapa beliau mengalami bencana kebakaran di Sandakan baru-baru ini.