d
c

[Back]

Karnival Sukan antara Wilayah MADA 2013


KARNIVAL SUKAN ANTARA WILAYAH MADA 2013

Tarikh : 18 Mei 2013

Tempat : Pavilion Ibu Pejabat MADA

                                           image_gallery (15) image_gallery (16)

Ibu Pejabat MADA telah menjadi juara di Karnival Sukan Antara Wilayah MADA 2013 pada hari ini bertempat di Pavilion Ibu Pejabat MADA dengan kutipan sebanyak 47 mata.

Walaubagaimanapun, Ibu Pejabat MADA yang hanya menang tipis dengan persaingan terdekatnya iaitu Wilayah IV dengan perbezaan kutipan sebanyak lapan mata.

Timbalan Pengerusi Sukan MADA, Md Zahir bin Shariff berkata tujuan karnival sukan ini diadakan adalah ingin mewujudkan hubungan silaturahim sesama kakitangan MADA selain dapat menyihatkan tubuh badan dengan bersukan.

Beliau berkata karnival yang dijalankan dua tahun sekali ini mendapat sambutan meriah pada tahun ini dan ia merupakan pertama kali dilangsungkan secara karnival di mana banyak acara sukan di langsungkan dalam satu masa.

Tambah beliau, karnival pada tahun ini telah dijalankan selama tiga bulan bagi acara saringan setiap kategori dan acara akhir setiap kategori dilangsungkan pada hari ini.

Selain itu, beliau berkata karnival sukan ini tidak akan berhenti begitu saja pada tahun ini kerana setiap peserta yang menyertai karnival ini akan di buat pemilihan semula bagi menyertai sukan peringkat kementerian iaitu Sukan Badan Berkanun yang akan diadakan pada 24 Jun hingga 2 Julai 2013 di Perlis dan Sukan MOA pada 4 Julai hingga 8 Julai 2013 di Selangor.

Para pengunjung yang menghadiri karnival ini disajikan dengan perlawanan akhir bola sepak antara Wilayah IV dan Ibu Pejabat MADA selain persembahan pancaragam dari Askar Wataniah Kepala Batas.

Pengurus Besar MADA, Y.Bhg Dato` Haji Abdul Rahim bin Saleh turut hadir pada karnival sukan ini dan juga menyampaikan hadiah kepada pemenang.